Kenyataan Segala Kelakuan Manusia Pada Hari Kiamat

Bahawasanya hendaklah diketahui akan dia supaya kita sedar akan diri kita.
Firman Allah Taala : (ينبوءالانسان يومئذ بما قدم واخر), ertinya dikhabarkan dan diberi ketahui akan manusia pada hari kiamat dengan sekalian amalan yang baik dan yang jahat yang telah mendahulu ia akan dia, dan dengan segala amalan yang tiada membuat ia akan dia di dalam dunia ini daripada segala amalan baik. Firman Allah Taala :
بَلِ الاِنْسانُ على نَفْسِهِ بَصِيْرَةٌ وَلَوْ أَلْقَى مَعَاذِيْرَهُ , ertinya bahkan bermula manusia itu yaitu kena soal (tanya) atas amal dirinya sama ada amal yang baik atau amal yang jahat dan sama ada yang telah perbuat atau tidak. Dan jikalau mendatang ia akan beberapa perkara keuzuran sekalipun, kena soal juga. (Surah Al-Waqiah) Telah berkata Faqih Abu Aliyas, bahawasanya pada hari kiamat didatangkan akan empat kaum, meminta uzur oleh tiap-tiap orang daripada mereka itu. Maka tiada diterima akan keuzuran mereka itu. Adalah (kaum yang pertama), yaitulah orang kaya meminta uzur ia; bahawasanya aku kaya dan masyghul (bimbang) dengan segala hartaku, maka tiada lapang aku bagi membuat ibadat kepada Engkau. Maka firman Allah Taala, bahawasanya Nabi Sulaiman menjadi raja ia antara masyrik dan maghrib (timur dan barat), tiada pernah ia derhaka akan Tuhannya. Maka keuzuran engkau tiada aku terima akan dia, lepas itu dihalaukan kepada neraka. (Yang kedua) Orang-orang yang fakir meminta uzur ia dengan sebab fakirnya, menjadikan tiada senang bagi hendak buat ibadat kepada Allah. Maka jawab firman Allah Taala, bahawasanya Nabi Isa itu fakir, maka kuat ia ibadat kepada Allah. Maka tiada diterima akan keuzurannya. (Yang ketiga) Hamba orang minta uzur ia; bahawa tiada lapang bagi ibadat kepada Tuhannya dengan sebab berkhidmat kepada penghulunya. Maka jawab firman Allah Taala, bahawa Nabi Yusuf itu jadi hamba sebab menjual akan dia oleh segala saudaranya, maka kuat ia beribadat kepada Allah. Maka tiada juga diterima akan keuzurannya. (Yang keempat) Orang yang sakit minta uzur ia; bahawa tiada lapang masa bagi ibadat kepada Allah dengan sebab sakit. Maka jawab firman Allah Taala, bahawasanya Nabi Ayub sakit yang amat sangat, maka kuat ia beribadat kepada Allah Taala.

Kenyataan Tarikh Umur Daripada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Daripada Nabi Adam Hingga Beranak Nabi Muhammad S.A.W

Maka bahawasanya di antara Nabi Adam a.s dan di antara Nabi Nuh itu maka sebanyaknya sekadar 1100 tahun. Dan bahawasanya masa hidup Nabi Adam ialah 960 tahun. Dan bahawasanya di antara Nabi Idris dan di antara Nabi Nuh itu 1000 tahun. Dan bahawasanya dibangkit Nabi Nuh menjadi rasul di dalam masa 40 tahun. Dan bahawasanya masa diam Nabi Nuh di dalam kaumnya 1000 tahun kurang 50 tahun (950) tahun. Dan bahawasanya hidup Nabi Nuh selepas air bah (banjir) yang besar yang tinggal segala bumi dunia ini sebanyak masanya 60 tahun. Dan bahawasanya masa hidup Nabi Nuh sebelum bangkit menjadi rasulnya itu 350 tahun. Dan bahawasanya Nabi Ibrahim itu diperanakkan dia di atas awal 2000 tahun daripada Adam yakni masa di antara Adam dan beranak Ibrahim itu 2000 tahun.

Pendahuluan Penggal Kedua


Maka inilah bahagian kedua daripada penggal yang pertama, pada menyatakan kebinasaan bagi ilmu pengetahuan. Telah berkata Imam Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, “Dikehendaki dengan alim ulama’ dunia itu ialah ulama’ yang jahat, yang menjadikan kebinasaan 

Alamat Kiamat Yang Ketujuh Naik Matahari Di Pihak Mahgrib (Barat)

Maka keadaannya naik matahari di pihak Maghrib (Barat) itu telah diriwayatkan daripada Huzaifah daripada Nabi Muhammad s.a.w. Maka bertanya Huzaifah kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah! Apakah tanda naik matahari di pihak Maghrib (Barat)? Maka sabdanya ialah dipanjangkan satu malam sebelum daripada terbit matahari ke pihak Maghrib itu hingga kadar dua malam atau tiga malam yang biasa. Maka apabila melihat sekalian manusia akan matahari naik di pihak Maghrib (Barat) itu, berimanlah sekalian mereka itu. Maka iman mereka itu pada ketika itu tidak memberi manfaat.

(Faedah) bahawasanya hikmah naik matahari di pihak Maghrib itu yaitu kerana menutupkan pintu taubat. Maka orang-orang yang beriman dan taubat di masa itu tidak diterima.

Kenyataan Hari Kiamat

Sesungguhnya wajib atas tiap-tiap orang yang mukallaf mengiktikadkan (menjazamkan yang putus) akan berdiri kiamat. Maka barangsiapa mengingkarkannya nescaya menjadi kafir murtad; kerana dalil firman Allah Taala di dalam Quran yang mulia
اِذَ وَقَعَتِ ٱلْوَقِعَةٌ

Alamat Kiamat Yang Ke Lima Belas Keluar Api Dari Negeri Adan

Maka keluar api daripada negeri Adan itu ialah alamat kiamat yang akhir sekali. Maka menghalau ia akan manusia kepada Mahsyar (Syam) kerana bumi Syam itu dijadikan padang Mahsyar pada hari kiamat kelak. Maka selepas itu, ditiup sangkakala yaitu pada pagi-pagi hari Jumaat, kemudian daripada mati Nabi Isa 120 tahun dengan diiktibarkan masa yang pendek. Adapun dengan diiktibarkan masa yang panjang (masa yang biasa) yaitu 12 tahun sahaja.

Alamat Kiamat Yang Ke Empat Belas Masa Menjadi Pendek

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w :"Tiada berdiri kiamat hingga dipendekkan masa; setahun seumpama sebulan, sebulan seumpama seminggu, seminggu seumpama sehari, sehari seumpama satu jam, satu jam hanya sekadar menghangus oleh api sesuatu benda yang kering."